Mimpi bodoh -.-'

Aku sedang bersiar-siar di luar rumah, tiba tiba kereta kereta yang tak dikenali datang parking depan aku. dan keluar lh mereka mereka yang aku tak pasti kenal ke tidak, tetapi seorang yang pasti aku kenal ialah #Zulhuzaimy. tapi kenapa dia? -.-' dengan muka bengis seperti dalam drama drama dia, dengan muka macho membuat kan dia kelihatan kacak pula. selepas itu, baru aku tahu yang mereka ialah rombongan meminang. OMG! lelaki yang boleh lah kacak nya ini, seperti seorang gangster, kenapa dengan cara paksa? nak aku jadi isteri dia. sudah pasti aku membantah habis habisan. tanpa memperdulikan apa apa, dia menyarung cincin diamond ke jari aku. dalam keadaan aku menangis-nangis taknak, dia menarik dan menyeret aku ikut dia. aku meraung bagai mak hilang anak. air mata aku meleleh tak henti henti. sedarnya aku bangun dari tidur, air mata aku tetap juga tidak berhenti. dan menarik lafas legaaa. haih mimpi bodoh rupa nya. #macam dalam drama kan? aku heroin tuuuuu, hahahahaha! aku pun taktahu apa motif aku mimpi macam nie? dan kenapa Zulhuzaimy? HAHAHAHA sumpah kelakar :D

08 July 2011