Rindu + Badut

*RINDU

Haha semestinya perkataan ini untuk boypren ku tersayang. Haihhh bie, kite rindu awak lerr :( Dah 4 hari tak jumpa ni, ish. Hm kenapa cepat sgt rindu ni? Kenapa rindu ni takboleh delay seminggu? Haha sebab kalau takda perasaan rindu tak best lah kan. Tapii, kalau ada rindu tersiksa pulak =/ *Cewah! Haha apa apa pun kite tak sabar nak jumpa awak esok, teheeee xoxo! :*

*BADUT

Badut ialah sejenis permainan kontemporari (tradisional+moden) yang dicipta oleh budak kelas 5 Amanah. Kreatif tak? Haaa nak tahu kenapa kita orang menamakannya Badut? Kerana salah seorang daripada budak kelas kami iaitu Mohd Amerule Bin Badrul Hisyam yang handal bermain permainan ini, so kami petik daripada perkataan Badrul dan menjadikan nya Badut. Sedap kan? Comel kan macam orang nya :D Haaaa aku puji kau ni badut, meh singgit! Haha. Tapi kenapa nama Badut yang diambil? Kenapa bukan orang lain? Hihihi actually kami menamakannya Hazri, tapi Badut dh merampas takhta kerana hebat menjatuh kan pin pin yang berupa botol air mineral kosong. Haha cara permainan nya ialah, peserta mesti menjatuhkan pin pin itu dgn menggunakan bola kecil. Ala ala bowling lah. Tapi best, pin di ubah ubah mengikut suka hati kami. Haha. Tapi sedang enak bermain tadi, teacher Drogba masuk pulak. Ish tak baik nya aku =/ Maaf teacher :) Dan permainan kami terhenti di situ. Apa apa pun percubaan pertama aku tadi menepati sasaran. Wuhuuuuuuu!

28 July 2011