Nisfu Syaaban

15 Sya'ban jatuh pada 17 Julai 2011(Malam Nisfu Sya'ban pada hari Sabtu tanggal 16 Julai 2011 Malam Minggu dari terbenamnya Matahari). Rasulullah S.A.W. bersabda; barang siapa yang mengingatkan sesama tentang kedatangan bulan ini, maka api neraka haram baginya.

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Puasa Sehari atau Sebulan:
Baginda Rasulullah saw bersabda, "Siapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'ban, diharamkan oleh Allah tubuhnya daripada api neraka; dia menjadi kawan kepada nabi Yusuf di dalam syurga dan diberi pahala nabi Ayub dab nabi Daud. Jika dia berpuasa cukup sebulan, akan dimudahkan dia mengahdapi sakartul-maut, terlepas daripada kegelapan di dalam kuburnya, terselamat daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah kemaluannya pada hari kiamat dan diwajibkan kepadanya syurga".


Puasa Dua Hari Khamis:
Tersebut dalam kitab al-barakah, bahawa baginda Rasulullah saw bersabda, "Siapa berpuasa pada hari Khmis awal dan akhir bulan Sya'ban, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga".

Puasa Tiga Hari:
Baginda Rasulullah saw bersabda, "Puasa bulan Sya'ban adalah perisai (pelindung) daripada api neraka. Dan, sesiapa ingin berjumpa denganku, berpuasalah selama tiga hari".

Anas r.a. meriwayatkan, bahawa Nabi saw pernah ditanya. "Apakah puasa yang afdhal?". Sabdanya, "Puasa Sya'ban kerana membesarkan bulan Ramadhan. Untuk berpuasa Ramadhan, sucikanlah diri kamu dengan puasa Sya'ban. Seorang hamba Allah yang berpuasa tiga hari dalam bulan Sya'ban, kemudian dia mengucap salawat kepadaku beberapa kali sebelum berbuka, nescaya diampuni Allah dosanya yang lalu dan diberkati razkinya"